Saturday, September 18, 2010

ku MEMOHON


YA ALLAH..


aku merayu kepadaMu ya ALLAH. Kau bukakanlah hijabku dari segala penipuan. Bukakanlah hijabku dari segala perkara yang tidak benar ya ALLAH. Aku memohon Kau perkenankan segala doa ketika dan selepas solatku ya ALLAH. Aku meminta kau memperkenankan segala permohonanku ya ALLAH. Kau berikanlah aku petunjukMu yang Maha Agung. Jauhilah aku daripada segala penipuan dan kecelakaan dunia ya ALLAH. Begitu juga dengan kaum keluargaku dan saudara2 Islamku ya ALLAH. Janganlah kau robek hati ini dengan penderitaan yang Maha Berat yang tidak dapat kami tanggung. Permudahkanlah ujian yang Kau berikan kepada kami. Permudahkanlah urusan-urusan kami. Kau tunjukkanlah kami yang mana benar dan yang mana dusta serta tipu belaka ya ALLAH!!!! Janganlah Kau jadikan kami dari golongan orang-orang yang menipu serta membuat celaka di dunia ini ya ALLAH. Kau jauhilah kami daripada penipuan duniawi. amin.. amin... amin.. ya robbal alamin..










Friday, September 17, 2010

Karangan time skolah dulu HAHA

hari ni nak post karangan aku time skolah dulu.. haha memandangkn ade yg meminta minta eceh prasan je hehe tapi ni diadaptasi dari novel yg aku bace.. nurkilan ramlee awang murshid. bagaikan puteri, cinta sang ratu,hijab sang pencinta. cinta sufi tak sempat nak baca lagi. insyaALLAH lepas ni nak habiskan semua novel beliau. jadi maaf lah kalau ade yg trase dgn ciplak2 idea.. kredit to Ramlee Awang Murshid

Hujan turun renyai-renyai. Semakin lama semakin lebat. Cuaca semakin gelap. Guruh dan petir berdentum-dentum. Kesejukan malam semakin menusuk ke dalam kulit badanku. Ayah dan ibu pula tiada di rumah. Aku mula teringat yang bukan-bukan. Perasaan takut mula menghantui jiwaku. Tiba-tiba aku tersembam ke atas lantai dan perkara seterusnya yang aku sedar, aku sedang melihat jasadku terlantar kaku di atas katil di sebuah hospital di ibu kota. Seketika, aku tergamam. Buat pertama kalinya aku mengalami suasana sebegini. Mataku tertumpu kea rah dua orang yang sedang menangis di tepi jasadku, tetapi aku tidak mengenali siapa mereka sebenarnya. Aku cuba untuk memegang mereka tetapi tanganku umpama angin yang tidak mampu bersentuhan dengan objek pejal. Perasaan gementar mula menghantuiku. Aku kesunyian!
Perlahan-lahan rohku bertukar menjadi bola-bola kecil yang bercahaya, menerawang terapung-apung, kian lama semakin banyak bebola kecil yang muncul dan rohku kian menghilang. Seolah-olah bebola kecil itu adalah serpihan-serpihan rohku yang perlahan-lahan berkecai. Sinar terang tidak dipedulikan oleh orang ramai kerana mereka tidak dapat melihatnya, kecuali kanak-kanak yang masih suci dari belenggu dosa dan orang-orang tua yang beriman. Lantas mereka yang melihat kejadian itu berzikir memuji ALLAH.
Aku tersedar dari tidur yang kurasakan teramat lama sehingga meletihkan kudrat tubuhku yang lemah ini. Terkebil-kebil aku membuka mataku, memerhatikan di sekeliling,sunyi. Tiba-tiba aku ditegur oleh satu suara yang agak garau tetapi merdu didengar. Sekilas aku menoleh pandanganku ke arah suara tersebut. Seorang lelaki bertubuh sasa berdiri di hadapanku sambil tersenyum. Kuperhatikan wajah lelaki tersebut dalam-dalam. Matanya agak bulat tetapi sedikit bundar, bibirnya kelihatan merekah sedikit akibat kekurangan air mungkin, kulitnya cerah seperti seorang kacukan Melayu-Filipina. Tetapi, ada sesuatau yang begitu mengelirukan aku. Lelaki tersebut berpakaian seperti pendekar ketika zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka dahulu.
“Kamu siapa?” Spontan aku bertanya.
“Saya Aizat,” dari tutur katanya jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang benar-benar jujur. Namun aku tidak mahu terlalu cepat menafsir manusia.
“Saya Niffira, errr tapi kamu boleh panggil saya Ira,” aku memberitahunya walaupun dia tidak bertanyakan namaku. Aizat memandangku sambil tersenyum mesra. Senang sungguh hatiku melihat senyumannya yang dapat menenangkan hati mana-mana gadis yang memandangnya. Aku pasti bukan senyumannya yang telah menambat hatiku, tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku berasa begitu tertarik melihatnya. Aizat memberitahu aku agar mengikutnya. Tergopoh-gapah aku mencuba untuk berdiri walaupun kakiku terasa lemah dan badanku lesu.
“Awak dari mana?” Tanya aizat berbasa-basi.
“Malaysia,” jawabku ringkas.
“Oh.. Malaysia”
“Apa tempat ni?”
“Di sini ialah Gonolia,” jawab Aizat sambil tersenyum.
“Gonolia? Nanti! Tempat ni di bumi kan?”
“Ya, Ira. Mengapa?”
“Tahun ni, tahun apa?”
“4987 Masihi….”
“Ya ALLAH!” Spontan nama TUHAN seluruh alam terpacul dari mulut aku. Kekeliruan mula menerpa di ruang mindaku. Aku tidak pernah menyangka akan mengalami perkara sebegini. Aku berada di masa hadapan! Sesuatu yang tidak pernah terlintas di benak fikiran manusia yang terbatas. Namun, aku percaya bahawa semua yang berlaku merupakan kehendak ALLAH> beberapa kali aku cuba mencubit badanku, namun aku masih tidak terjaga dari ‘mimpi’ ini! Mataku melihat sekeliling alam yang terbentang luas itu. Fikiran warasku masih menafsir data. Aku baru tersedar yang di sekelilingku hanya terdapat tanah yang kering kotang dan tiada seorang manusia pun yang kelihatan berada di situ, kecuali Aizat. Lelaki yang Berjaya menambat hatiku ketika mata pertama kali memandang wajahnya.
“Awak dari mana?”pertanyaan Aizat memecahkan kebeningan.
“Saya dari tahun 2010. Saya tak faham..Mengapa tempat ni seperti sudah… mati?” Jujur aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Manusia sudah lupa pada ALLAH.”


SOALAN aku dijawab ringkas oleh Aizat. Aizat menerangkan bagaimana kerakusan manusia perlahan-lahan memusnahkan bumi yang dahulunya inda. Manusia semakin lupa kepada ALLAH. Manusia sanggup berbunuhan sesame sendiri untuk mengejar kemewahan duniawi semata-mata! Lebih memeranjatkan lagi apabila Aizat memberitahu aku bahawa sebelum ini, Gonolia dikenali sebagai Malaysia. Apabila ramai manusia yang mula menyembah berhala dan syaitan, mereka menukar nama tempat ini kepada Gonolia, demi mengagungkan Tuhan mereka. Gonolia merupakan jin kafir yang telah Berjaya menyesatkan ramai manusia. Jin laknatullah ini mengaburi mata semua manusia dengan menjanjikan keszenangan hidup di alam yang sifatnya cuma sementara ini. Pada hari ini, segala kemajuan yang dikecapi telah musnah! Manusia kembali hidup seperti di zaman purba. Ramai yang telah terbunuh, tetapi hanya orang-orang yang diselaputi dengan keimanan kepada ALLAH sahaja yang terselamat dari sifat rakus Gonolia itu!
Aku memerhatikan mulut aizat terkumat-kamit berzikir memuji ALLAH.
“Mungkin hatinya benar-benar mencintai perkara-perkara yang dicintai oleh ALLAH,” getus hatiku. Dadaku berasa lapang sejenak sambil memikirkan betapa bertuahnya aku dapat bertemu dengan Aizat. Selepas sedar dari ‘tidur’ yang kurasakan amat panjang tadi, aku sudah mampu mengingati semua kisah silamku. Kadangkala aku termenung ke langit sambil memikirkan apa lagi yang bakal menimpa aku. Hidup aku sudah terlampau penuh dengan ujian. Mengingati semua kenangan pahit itu membuatkan kepalaku berdenyut keras seolah-olah ada satu geseran yang amat dahsyat di dalam kepala ini. Walaubagaimanapun, aku tetap sabar menghadapi segal cubaan yang diberikan oleh DIA. ALLAH itu Maha Adil. Aku teringat akan sebuah novel nurkilan Ramlee Awang Murshid yang bertajuk ‘Bagaikan Puteri’. Kisahnya hampir serupa dengan apa yang terjadi kepadaku, Cuma bezanya watak utama dalam novel itu koma, lalu rohnya tercampak ke zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana dia bertemu dengan seorang laksmana agung yang begitu tinggi ilmu persilatannya mahupun ilmu agamanya. Berbeza pula dengan aku yang tercampak ke masa hadapan yang tidak ada apa-apa melainkan tanah yang kering kontang.

Selepas beberapa batu kami berjalan, akhirnya kami tiba di sebuah rumah usang yang diperbuat daripada kayu yang sudah reput. Aizat memberitahu aku bahawa itu bukan rumahnya, tetapi itu merupakan setor sahaja. Aku tersengih sendirian tetapi cuba menyembunyikan senyuman itu kerana aku menyangkakan bahawa itu rumahnya. Aizat membawa aku ke sebuah rumah batu yang tersergam indah terletak tidak jauh dari setor usang tadi. Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi aku kagum melihat seni bina rumah itu yang sangat halus dan terperinci. Aku tidak sangka pada zaman darurat sebegini masih ada rumah yang berdiri teguh dan seolah-olah tidak terusik oleh sebarang kekotoran pun. Aizat memberikan salam dan salam itu disambut dari dalam. Dua orang lelaki dan perempuan serta seorang remaja lelaki menyambut kedatangan kami. Mereka terkejut apabila melihat aku bersama aizat tetapi mereka tetap ikhlas melemparkan senyuman kepada aku. Aku membalas senyuman mereka dan mencium tangan perempuan yang kelihatan sebaya dengan ibuku itu. Aku dijemput masuk dan dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat. Aku dilayan seperti seorang permaisuri. Hatiku benar-benar kagum dengan layanan yang diberikan oleh keluarga ini kepada aku.
“Saya nak jadikan awak isteri saya.”
Tersembur segala makanan yang ada di dalam mulutku apabila mendengar ucapan yang keluar dari mulut Aizat sebentar tadi. Aku antara percaya dan tidak. Lelaki yang baru saja aku kenal tidak lebih dari satu jam setengah tadi telah meminta aku untuk menjadi isterinya. Gila apa lelaki ni!
“Demi ALLAH saya lakukan ini bukan kerana hawa nafsu , tetapi kerana tanggungjawab yang telah diberikan kepada aku. Aku bermimpi seorang lelaki tua yang warak dating bertemu denganku dan mengarahkan aku agar mengahwini seorang gadis yang hilang. Setelah mendengar cerita awak tadi, saya yakin gadis yang hilang itu ialah awak,”Aizat cuba menerangkan kepadaku situasi yang sebenarnya. Semua ini mengarut! Mana boleh aku mengahwini seorang lelaki yang aku baru kenal dan tidak tahu asal-usulnya serta agama anutannya. Mungkin dia pengamal ajaran sesat!
“Saya mempercayai ALLAH, percaya kepada Rasul, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab-kitab ALLAH, percaya kepada hari akhirat….. mempercayai qadak dan qadar,” Aizat mengemukakan Rukun Iman yang menunjagi akidah. Dia seakan tahu apa yang sedang aku fikirkan. Aku tergamam sambil membentak keras untuk tidak mempercayai apa yang sedang berlaku.
“Lelaki ni jelmaan Laksamana Sunan dalam novel Ramlee Awang Murshid tu ke? Ya ALLAH…. Kau bantulah aku berdepan dengan mamat tak betul ni!”
Ibu Aizat menghampiriku dan memegang tanganku. Pegangannya memaksa aku memandang kea rah matanya yang memancarkan sinar harapan. Aku keliru! Saat ini aku hanya memikirkan papa dan mama yang sedang berada di dunia lain. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Senyuman pahit terukir di bibirku, perlahan-lahan aku menganggukkan kepala tanda bersetuju untuk menjadi isteri Aizat. Semua ini berlaku dalam sekelip mata. Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sudah cukup beruntung kerana lelaki yang begitu tampan,sasa dan berhati mulia seperti Aizat ingin mengambil aku sebagai isterinya yang sah. Kali ini aku tersenyum ikhlas. “Aku mencintaimu, Aizat.”

Malam pertama aku bersama-sama Aizat cukup indah. Seolah-olah hubungan ini telah direstui oleh kedua-dua orang tuaku. Malam pertama kami dimulakan dengan solat sunat secara berjemaah yang biasanya diimamkan oleh suami dan isterinya sebagai makmum seperti mana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah bersama-sama isteri baginda dahulu. Malam ini terasa seperti diberkati oleh sekalian alam.

“RUMAH kita diserang!” Mak Mah, ibu kepada Aizat menjerit tetapi tidak pula mengandungi nada berunsur ketakutan berkat ketaatannya kepada ALLAH. Aizat berjalan tenang menuju ke muka pintu lantas membaca surah al-Fatihah, al-A’raaf, al-Mu’min dan al-Mursalaat secara tahfiz. Aku ingin mengikut Aizat tetapi dilarang keras olehnya. Sebagai seorang isteri, aku terpaksa akur akan perintah itu kerana syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Aku mengintai di sebalik tingkap untuk melihat rupa musuh-musuh yang menyerang kami. Aku hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah apabila melihat sejenis makhluk berkepak terbang di udara sambil melontarkan batu-batu kecil yang diselubungi api hitam yang membara. Mataku tertangkap pada sekumpulan manusia yang seperti dirasuk Iblis laknatullah, cuba untuk memasuki kawasan rumah kami tetapi mereka terpelanting semula seolah-olah ada suatu kuasa yang menghalang mereka daripada mencederakan segala isi rumah itu. Batu-batu api yang dilemparkan pula tiba-tiba lesap apabila dilontarkan ke arah rumah kami. Aku percaya bahawa semua ini adalah berkat kuasa ALLAH SWT. Betapa bertuahnya aku kerana dapat menyaksikan perkara yang sungguh ajaib ini dengan mata kepalaku sendiri.
Tiada satu pun serangan musuh yang Berjaya menyentuh Aizat. Aizat mencapai sebilah pedang lalu menyerang dengan laungan ALLAH Maha Besar sementara ayahnya menyambung membaca ayat-ayat suci al-Quran. Gerakan tangkas Aizat Berjaya menyebabkan setiap makhluk durjana yang sudah jauh terpesong dari landasan Islam itu tersungkur satu demi satu. Aku sendiri menyaksikan kehebatan suamiku yang standing dengan kehebatan Laksmana Sunan dalam novel Ramlee Awang Murshid itu! Memang benar jodoh itu di tangan ALLAH dan aku telah dijodohkan dengan seorang insan yang sangat hebat. Aku mengagumi kehebatan suamiku sendiri. Aku bersyukur kerana diberikan rahmat yang tidak pernah aku sangkakan selama ini. Sebilah pedang yang berlumuran dengan darah dicacak ket anah.
Aku berlari mendapatkan Aizat. Pantas aku merangkul lantas memuluk tubuhnya yang sasa itu. Air mata kegembiraan mengalir di pipiku. Aizat memandang tepat ke arahku dan mengeluarkan seutas rantai emas bertatahkan berlian. “24 karat ni,” bisik Aizat di telingaku. 24 karat bermaksud semua bahagian rantai ini diperbuat daripada emas! Aku tersenyum gembira dan memeluk Aizat dengan penuh rasa kasih sayang dan kesyukuran.
Tiba-tiba tubuhku terapung di udara. Jasadku terasa seperti diterbangkan oleh suatu kuasa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku cuba memegang Aizat tetapi kuasa yang menarik tubuhku terlalu kuat. Kudratku yang lemah tidak mampu melawannya. Dalam sekelip mata satu lembaga besar yang mengerikan menyambut badanku dan badanku terjatuh semula ke tanah. Kukunya yang tajam menari-nari di sekitar leherku. Aku hanya mampu menelan liur.

“IBLIS! Kau lepaskan isteri aku!” Aizat menjerit sekuat hatinya sehingga suaranya kedengaran seperti orang tidak waras. Aku tergamam seketika. Air mata mula bergenang di lirik mataku. Aku tidak akan menangis di hadapan suamiku. Perlahan-lahan aku menyeka air mataku supaya tidak kelihatan oleh Aizat. Tawa Iblis kedengaran menyeringai.
“Ini isteri kau? Cantik. Aku suka, tapi malangnye umur dia tidak panjang,” kali ini Iblis tertawa kuat sehingga menyebabkan seluruh alam bergema.
“Jangan kau berani apa-apakan dia!” Aizat tetap tenang walaupun isteri tercinta berada dalam genggaman Iblis, makhluk yang dilaknat oleh ALLAH akibat dari kesombongannya yang tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam A.S.
“Abang…. Teruskanlah tanpa diriku,” aku teringat akan lirik lagu Agnes Monica, Teruskanlah. Sebuah senyuman indah yang dihiasi dengan cinta terukir di hujung bibirku. Aizat mencapai pedang yang tercacak pada tanah. Kepalanya tertunduk. Air-air jernih kelihatan jatuh berguguran membasahi bumi yang kering kotang. Sejurus Aizat mengangkat kepalanya, sepantas kilat dia berlari kea rah Iblis laknatullah dan dalam sekelip mata hujung mata pedang menembusi tubuhku dan sekali gus terkena tubuh Iblis. Mata Ibslis terbeliak menahan kesakitan. Keegoan Iblis runtuh tatkala melihat kehebatan Aizat dengan mata kepalanya sendiri. Dia seakan-akan tidak percaya dengan keberanian Aizat yang sanggup mengorbankan nyawa isterinya sendiri. Dengan laungan ALLAH Maha Besar Aizat menarik semula pedang itu keluar dari jasad aku dan Iblis durjana. Badanku rebah lalu disambut pantas oleh Aizat. Aku hanya mampu tersenyum. Ahli keluarga Aizat yang lain dating menghampiri kami.



Air matajatuh berjujuran di pipi mereka. Satu persatu wajah mereka aku tatap buat kali yang terakhir. Biarpun pertemuan ini hanya seketika, namun aku telah ditakdirkan untuk bertemu dengan mereka atas hikmah-hikmah yang tidak dapat dirungkai oleh akal fikiran manusia yang sememangnya terbatas. Aizat menggenggam tanganku lalu dikucup sepuas-puasnya. Kesedihanku sudah tidak mampu dibendung lagi. Air mataku gugur bak titis-titis embun yang jatuh berguguran di kala pagi hari. Kulihat wajah Aizat sudah basah dihujani air mata.
“Saya cintakan awak Nur Niffira binti Idris,” kata-kata itu membuatkan suasna pada ketika itu bertambah hiba.
“Saya juga cintakan awak Mohamad Aizat bin Jamal Abdillah.” Perlahan-lahan aku melafazkan cinta dalam kesakitan yang teramat. Sejurus kemudian tubuhku bertukat menjadi bebola bercahaya dan lenyap buat selama-lamanya.

“MEMANG serupa macam cerita Laksmana Sunan tu.. Hmmmm….,” bisik aku dalam hati sambil memerhatikan ibu bapaku yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada doktor. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Perlahan-lahan aku membuka genggaman tanganku. Aku bingkas bangun dari katil. Tergopoh-gapah ibu berlari mendapatkan aku dan sempat pula dia memukul lengan aku. Sakit!

“MAA… tolong pakaikan rantai ni dekat leher Ira.”
“Cantiknya rantai ni. Siapa bagi?”
“Aizat.”
“Penyanyi tu?”
“Bukan. Suami Ira.” Ibu tergamam dan menganggap aku tidak siuman. Disebabkan aku baru saja sedar dan ibu tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan, permintaanku diturutkan saja. Aku merindui dia..

SEMUA orang tidak percaya apabila aku menceritakan apa yang telah berlaku. Mereka hanya percaya yang aku ini sudah gila. Mana mungkin aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang hidup pada penghujung kurun ke-50! Lebih-lebih lagi bila aku ceritakan kehebatan dan ketampanan Aizat kepada mereka, langsung mereka tak percaya cakap aku. Apa ingat aku tak layak dapat suami ‘handsome’?
PINTU bilikku diketuk dari luar. Dari bunyi ketukan itu aku sudah tahu orang yang mengetuk itu ialah ayah. Ayah memang seorang yang tegas dan dia merupakan seorang guru disiplin yang amat ditakuti oleh semua pelajar.
“Ada orang nak jumpa Ira,” suara ayah kedengaran timbul-tenggelam.
“Baiklah Cikgu Idris!” Serentak kami dua beranak ketawa.
Aku membuka selak yang terdapat pada pintu, lalu tombol pintu tersebut aku pulas kea rah kanan. Entah mengapa pintu ini dikunci semula oleh ayah. Hati seorang guru disiplin memang sukar untuk difahami, sempat aku bergurau sendirian. Pintu itu kubuka. Jantungku berhenti berdenyut buat seketika. Kurasakan diriku berada di bumi sakura. Daun-daun mapel jatuh berguguran ketika musim luruh. Aku masih tidak percaya akan apa yang aku sedang lihat. Mulutku terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah sebagai penguat jiwa.
“Abang …. Aizat?” Aku bertanya sekadar untuk mendapatkan kepastian. Sinar harapan semakin membuak-buak. Aizat sedang berdiri di hadapan aku!
“Tekaan yang salah! HAHAHA!” Lelaki yang kusangkakan Aizat itu tadi bertukar ke rupa sebenarnya. Rupa yang sangat menggerunkan! Iblis!
“Iblis! Kau? Bagaimana..?!”
Belum sempat aku menghabiskan soalan yang tidak mungkin terjawab, kelima-lima jari iblis yang mempunyai kuku yang tajam hampir-hampir menyentuh di bahagian perutku. Mataku terpejam rapat sambil hatiku berulang kali membisik nama ALLAH. Jantungku berhenti berdegup! Aku boleh merasakan kehadiran dia! Aizat.. Pantas aku membuka mata dan melihat tangan Iblis sudah terpisah dari jasadnya. Iblis menjerit dan meronta-ronta kesakitan. Apa yang sedang berlaku? Aizat? Pandanganku teralih kepada lelaki bertubuh sasa yang sedang mengambil pedangnya lantas dihunus ke perut Iblis laknatullah. Kali ini tikamannya dipastikan mampu mematikan Iblis. Bumi seperti berhenti berputar. Aku terkejut, bukan kerana melihat tikaman yang dilakukan oleh lelaki itu, tetapi aku kenal lelaki itu! Aizat! Lelaki yang aku cintai sedang beridir di hadapanku. Perasaanku sudahtidak dapat dibendung lagi.
Ibu bapaku yang menyedari kekecohan sedari tadi terkejut apabila mendapati bangkai iblis terbujur kaku di atas lantai. Darah berwarna kehitaman berada di merata tempat. Mereka seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sedang mereka saksikan. Kelam-kelibut mereka mendapatkan aku tetapi langkah mereka terhenti apabila Aizat secara tiba-tiba mendakap aku. Anak dara mereka disentuh oleh orang lain! Ayah spontan menolak Aizat dengan perasaan marah apabila melihat lelaki yang telah menimbulkan kekecohan di rumah ini sebentar tadi berani-berani saja memeluk satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
Tubuh Aizat jatuh terjelopok ke atas lantai.
“Iblis tu boleh pula dikalahkan. Ayah aku tolak sikit dah jatuh tersungkur macam nangka busuk,” Sindiran aku membuatkan Aizat berdiri semula sambil tersipul malu. Dia faham mengapa ayahku melakukan perbuatan yang sedemikian rupa. Terkopoh-kapah aizat membetulkan seluarnya yang sedikir terlondeh. Aizat berasa tidak selesa dengan panahan mata ayah yang seolah-olah mampu membakar objek. Terkial-kial aku menolong Aizat berdiri. Tangannya aku pegang erat supaya dia tidak terjatuh selepas terkena jurus maut abah tadi. Terbeliak biji mata ibu dan ayah apabila melihat aku menyentuh lelaki yang disangkakan bukan muhrimku itu. Mereka pantas membuka langkah seribu untuk mendapatkan aku.
Ma! Pa! Stop! Wait! .” aku cuba bertutur dalam bahasa Inggeris. Niat mereka yang ingin menggunakan jurus maut secara serentak ataupun berganda terhenti selepas mendengar amaran dari aku supaya tidak bergerak.
“Lelaki yang kacak dan tampan ni sebenarnya.. Aizat. Dia ni lelaki yang Ira pernah cerita dekat semua orang dulu. Ma dengan pa ingat lagi tak? Errr… dia ni suami ina. Mohamad Aizat bin Jamal Abdillah,” pengakuan terbuka aku benar-benar memeranjatkan kedua orang tuaku itu. Aizat hanya tersengih apabila dipuji secara terang-terangan,tetapi itu merupakan hakikat. Mak dan ayah kelihatan agak tenang berbanding sebelum ini. Aku menghembuskan nafas berat. Berhati-hati aku menghampiri mereka, terpaksa mengelak daripada terpijak percikan darah Iblis. Aku memandang wajah mereka dengan penuh rasa kasih sayang. Tidak terucap betapa cintanya aku kepada mereka tetapi aku juga mencintai suami aku. Aku ingin Aizat diterima di rumah ini. Pandangan telusku seolah-olah difahami oleh mereka. Mereka hanya mengangguk tanda mengerti. Hatiku lega, puas!
Pandanganku teralih kepada Aizat. Sekali lagi aku berjalan dengan penuh berhati-hati supaya tidak terpijak darah Iblis laknatullah itu. Mata aizat aku tenung dalam-dalam, rindu. Sinar mata inilah yang telah Berjaya memanah cinta yang amat dalam di hati aku. Senyuman dari wajahnya yang telah Berjaya meruntuhkan keegoanku sebagai seorang wanita. Aku meletakkan tanganku di pipinya.
“Macam mana.. semua ni boleh berlaku?”
“Semua ni berlaku dengan izin DIA. Saya ternampak Iblis melakukan pemujaan dan saya dapat tahu yang dia hendak ke zaman ini untuk mencari awak, dan memusnahkan umat Islam. Aku mengikutnya secara diam-diam. Bila tiba masa yang sesuai aku menyerang lalu membunuhnya seperti yang awak Nampak tadi. Saya gembira kerana dapat bertemu dengan awak dan kedua mertua saya. Keluarga saya di masa hadapan mengirimkan salam mereka kepada kamu semua .”
Sebuah senyuman kegembiraan terlakar di wajahku. Hatiku terasa sayu, namun aku bersyukur. Siapa yang sangka keajaiban sebegini boleh berlaku. Pantas aku merangkul tubuh Aizat. Lidahku tidak jemu mengucapkan syukur kepada-NYA. Ibu dan ayah masih keliru melihat kami. Aku yakin lambat-laun mereka akan faham. Aku mengagumi kehebatan Aizat. Manakala aizat mengagumi kesabaran dan kesetiaan aku. Kami masing-masing mengagumi sebuah perikatan cinta yang terjalin utuh antara kami berdua. Cinta itu memang buta, tetapi jangan sampai manusia dibutakan oleh cinta.


Wednesday, September 15, 2010




blog da berhabok!



tadi aku ckp ngan die..berjam jugak..smpi aku pegi ke kdai topup 10 hengget.. tak pnah aku buat mcm ni sblom ni..kali ni aku da tak sanggop nk lpaskn org yang aku syg.. sblom ni da byk kali aku bkorban.. aku tau die tak jahat hurm.. aku mmg marah giler tadi. mcm2 aku maki die..tapi die ckp baek je ngan aku.. yelah sume ni mmg ade salah aku..ade salah die.. bile mule2 hati masing2 da suke tapi malu..bile die da ade yg laen baru nak luahkn smua.. pdih bile die ckp 'aku cintakan die' & 'aku cintakan kau' .. aku mnanges spnjg ckp dgn die tapi aku kaver jugak.. rasenye die boleh dgr.. msti la.. da aku srottt sretttt sdut hingus.. xpnah brani2 aku menegakkn cinta aku mcm ni..sblom2 ni tak pnah aku brani lantang bersuara.. tapi aku btol2 nak pertahankn die.. bukan aku anggap die hak aku cume aku tak sanggup nak khilangan die.. aku da bayangkn sgalenye bersama dia. aku bygkn tuk hidup dengan die.. kalau boleh nak kawen dengan die hurm ptame kali aku tgk die aku da mula jatoh hati. aku da terfikir nak bersame dengan dia. kalau la die tau mcm mane prasaan aku kat die.. bile aku ckp kat die aku benci die sbnarnye aku syg kat die.. aku cinta kat die.. bile aku ckp kat die aku tanak maafkn die tapi dalam hati aku tak boleh wat pape slain maafkn die.. bile aku ckp setan kat die aku trase aku la sbnarnye setan.. bile aku ckp die bangang aku terasa bengang.. nyanyi lagu akim kang haaaaaaaaaa hehe.. aku tanak kehilangan lawak jenaka dia. dia tak pernah buat aku bosan.. aku tak pernah rasa mcm ni bila msj dgn org lain.. biasenye aku tepikir nak ckp ape dgn org tapi bile dgn die die petah berkata2..mungkin ini tandanya mulut sang buaya yang tidak setia.. pelik kan? die cemburu bile tgk status relationship aku yg maen2.. haish mnangis2 aku stiap kali die ckp aku da ade org laen.. pade hal dalam hati aku.. dia jela yg bertakhta.. selain ALLAH.. bila bangon tido aku teringat kat die..sblom ni die slalu msj..tapi skang die da tak msj dah.. die da ade AYG baru.. die pulak B kpd AYG tu.. aku cemburu bile tgk dorg panggel ayg b! benci! meluat pon ade! kalau ikotkan hati mmg aku nak je rasenye koyakkn skrin komputer dorg tuh tapi ape kan daye hurm aku mnysal sbb jatoh cinta.. tapi aku rase gmbira kalau die cinta hanya pada aku je.. budak uia pnah buat dkat aku mcm ni.. die dah byk lukakan hati aku.. aku harapkn yg die ni boleh sembuhkan luka tu tapi hurmm yg ado.. makin menambah dalam lagi luka tu.. aku masih berharap.. aku tak berhenti berharap dan menunggu rakan gelap.. aku menunggu cinta sejati darinya.....