Saturday, December 3, 2011

Cinta Tiada Arah


Mungkin perasaan cinta yang ada dalam diri aku ini tidak begitu berharga. Ada masanya aku berasakan bahawa diri aku ini kesunyian. Tidak ada jawapan yang aku dapat biarpun berkali-kali aku mencari jawapannya. Setiap kali aku berasa bahawa diri ini seakan ingin memiliki cinta seseorang namun setiap kali itu cinta aku bertepuk sebelah tangan. Mungkin kerna aku sering mengecewakan perasaan mereka yang mendambakan cinta aku. Bukan kerna aku memilih tetapi cinta itu tidak boleh dipaksa.

Kali ini, sekali lagi aku seperti terpaksa mengalami mimpi perit yang aku sendiri tidak ingin lalui. Cinta yang aku dambakan tidak terbalas. Mengapa aku jatuh cinta pada seseorang yang sudah pasti tidak akan menjadi milikku. Tapi, baru kini aku sedar... TUHAN ingin melindungi aku daripada memilih orang yang salah. Aku tidak sepatutnya mengenali dia sebelum ini. Sekiranya aku sedar akan perkara ini sedari dulu lagi sudah tentu aku tidak akan terpedaya dengan perasaan yang diulit oleh hasutan syaitan.

Aku tidak ingin sesat sedangkan jalan yang sebenar berada jelas di hadapan mata. Biarpun hati aku tidak pernah ingin dilukai namun perasaan ini tidak dapat dihalang. Hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti. Aku tidak ingin diri ini dilukai buat selama-lamanya. Aku perlu sedar sebelum diri aku sendiri menjadi mangsa kepada perasaanku sendiri biarpun hati aku mencintai dirinya. Yang pasti aku menyerah. Aku tidak mampu menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan hati orang lain. Mungkin benar bahawa dosa-dosa lampauku sedang memberi balasan kepada diriku sendiri. Malam ini kucoretkan perasaan hatiku biarpun aku tahu bahawa dirinya tidak akan mengetahui isi hati aku yang sudah tersurat setelah sekian lama. Hujan yang mengalir di hatiku tidak kusanggup dan tidak kumampu untuk dibendung lagi biarpun aku tidak mampu melupakan dia dari sisiku.

Mungkin hanya saat ini hatiku bersedih. Aku memohon agar TUHAN melembutkan hati dia untuk menerima aku seadanya. Aku tidak sanggup untuk menjalani kehidupanku tanpa dia. Aku tidak menyalahkan takdir apatah lagi menyesal akan takdir. Sekiranya jodohku dengan dia, aku bersyukur. Sekiranya bukan jodohku dengan dia, aku pasrah biarpun hatiku tidak mampu untuk menanggungnya... Biarpun aku tidak ikhlas...Cukup sudah penderitaan yang aku alami.

Aku memohon sekiranya selepas ini diriku diserang cintamu ya ALLAH, berikanlah aku cinta yang benar-benar buat diriku. Seorang isteri bagiku di dunia dan di akhirat. Bukalah pintu hatiku agar aku sedar kedudukanku sebagai hambamu yang lemah oh ya ALLAH. :'( :( :) :') :'D :D